Apa perkara yang anda lakukan ketika rasa murung atau patah hati?
Bersendirian, mendengar lagu, melakukan aktiviti kesukaan atau pun tidur
sepanjang hari? Ada yang suka makan untuk merawat hati yang sedih.
Betul tak?
Tapi, tahukah anda sebenarnya terdapat makanan spesifik yang boleh
membantu mengembalikan mood anda menjadi lebih baik dan tenang. Kalau
tak percaya, bila rasa sedih atau murung je, apa kata anda cuba 8 jenis
makanan ini. Bukan sahaja baik untuk kesihatan tapi lazat dan penuh
khasiat. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba !
1. Strawberi – Penuh dengan vitamin C dan flavonoid (antioksidan),
membantu menjaga tubuh anda sihat. Malah, mampu menenangkan saraf anda.
2. Kacang – Badam, gajus, hazelnut, kacang tanah – semuanya tinggi dalam
vitamin B, yang dikenali untuk meningkatkan mood seseorang dan secara
amnya baik untuk kesihatan.
3. Daging – Daging merah kaya dengan protein yang meningkatkan tahap
dopamine dan norepinephrine, membuat anda berasa lebih baik.
4. Ikan – Makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3, bukan sahaja baik
untuk sendi dan fungsi kognitif, ianya juga baik untuk mengatasi
kemurungan.
5. Kerepek – Makanan ringan adalah makanan yang sempurna, mudah dimakan dan sangat ketagihan. Tiada yang lebih baik daripadanya.
6. Pisang – Pisang adalah sumber yang sangat baik untuk tenaga serta
trytophan yang mencetuskan pengeluaran serotonin, hormon baik yang
meningkatkan mood anda.
7. Ais Krim – Tiada yang lebih baik daripada ais krim, dalam apa jua
situasi sekali pun, ais krim pasti menjadi pilihan. Ais krim mampu
menyejukkan anda ketika berada dalam keadaan panas.
8. Teh – Terutama teh hijau, baik untuk menenangkan saraf dan juga membantu seseorang mendapatkan tidur yang lena.
0 Response to "Bila Rasa Murung Dan Sedih, Cuba 8 Jenis Makanan Ini, Boleh Bantu Untuk Ubah Mood Anda, Memang Berbaloi "
Posting Komentar