
Penduduk China yang tidak bahagia dengan perkahwinan kini mempunyai cara yang lebih mudah untuk menfailkan penceraian, dengan hanya menggunakan salah satu tetapan yang disediakan melalui aplikasi WeChat.
Walaupun tetapan tersebut masih lagi diperingkat percubaan, namun
penggunaannya dijangka akan diperluaskan di seluruh negara tembok besar
dunia itu tidak lama lagi. Setakat ini, tetapan pada aplikasi tersebut
sedang diuji di wilayah Guangdong, yang menempatkan beberapa bandar
besar seperti Guangzhou dan Shenzen.
Melalui fungsi baru yang ditawarkan oleh WeChat itu, pasangan suami
isteri yang berhajat untuk memutuskan ikatan perkahwinan boleh membuat
temu janji dengan Pejabat Pendaftaran Penceraian melalui aplikasi
tersebut yang dilancarkan dua minggu lepas.
Fungsi baru itu mula mendapat perhatian dunia apabila seorang pakar
aplikasi WeChat yang menetap di China, Matthew Brennan mengetengahkan
perkara tersebut.
Bagaimana ia berfungsi?
Pada bahagian kanan screenshot dibawah menunjukkan paparan home screen di mana ia membenarkan pengguna WeChat untuk menguruskan dokumen peribadi berkaitan untuk tujuan penceraian.
Selain itu, fungsi baru yang ditawarkan oleh WeChat ini turut memerlukan
pasangan untuk berkongsi pelbagai maklumat peribadi seperti alamat,
nama pasangan dan tempat tinggal semasa anda.
Walaupun ia mungkin kedengaran sedikit aneh buat kita di Malaysia yang
mungkin juga mempunyai aplikasi WeChat di dalam telefon bimbit
masing-masing untuk bersosial. Namun di China, aplikasi WeChat
menguruskan kehidupan harian penduduk di sana dalam pelbagai perkara.
Antara fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh WeChat di China adalah
menyimpan salinan kad pengenalan dan lesen memandu. Selain itu, ia juga
boleh digunakan untuk menguruskan hal ehwal pencukaian dan pendaftaran
perkahwinan. Maka tidak hairanlah WeChat turut menawarkan fungsi
penceraian pada aplikasi mereka.
Wechat kini mempunyai seramai 1 bilion pengguna aktif di seluruh dunia.
Pada tahun lepas, satu kejadian yang mensensasikan aplikasi WeChat
apabila seorang hakim di Nanjing membuat panggilan terhadap seorang
wanita yang gagal ke mahkamah menggunakan aplikasi tersebut.
Sumber : Business Insider



0 Response to "WeChat Kini Sediakan Aplikasi Mudahkan Pasangan China Yang Tidak Bahagia Untuk Bercerai "
Posting Komentar