Pencinta komik, Alessandro Botta bersama
rakannya, Christian mengenakan pakaian lengkap adiwira terbabit ketika
mereka dalam perjalanan menonton tayangan perdana filem Deadpool 2 pada
awal minggu lalu.
Laman berita, Tio melaporkan polis di
Lugano pada asalnya menyangka mereka adalah penyerang ganas kerana
berpakaian sedemikian termasuk menutup wajah di tempat awam yang
dilarang undang-undang di negara tersebut.
“Christian turut membawa replika senjata api. Mereka dikepung polis ketika melalui jalan di kawasan tersebut
“Kedua-dua lelaki itu digari sebelum
pihak berkuasa menyedari kesilapan mereka. Kesemua anggota polis
terbabit hanya ketawa selepas mengetahui hal sebenar,” jelas laporan itu
lagi.
Mereka dibebaskan dan sempat menonton filem itu.
Tetapi, Christian masih perlu membayar denda kerana memakai topeng di tempat awam. – The Sun
sumber: bicaraislam

0 Response to "‘Deadpool’ Diserbu Unit Polis Antikeganasan, Ini Punca Yang Terjadi..."
Posting Komentar